Saturday, June 12, 2010

Along - ceti haram!!!

Along, ceti haram tak boleh dibanteras oleh pihak berkuasa!
Along ada duit, ada kuasa boleh menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh kuncu-kuncunya dan pihak berkaitan tiada daya menyelesaikan walaupun banyak arahan telah dikeluarkan.
Lesen kredit adalah lesen kepada ceti haram dan along yang mengaburi mata pihak tertentu.
Kementrian perumahan masih belum menarik balik lesen kredit, macam menggalakkan along aje.
Kebebasan beriklan peminjam berlesen di media berleluasa penyebab ramai jadi mangsa baru.
Cara kebiadapan along terhadap mangsanya dengan menggunakan kekerasan dan kekejaman melampaui istilah kemanusian - menyeksa, memukul, menggari dan merantai, mengenakan mangsanya seperti binatang - tak bertamadun dalam negara kita yang berdaulat - barbarian.

azimat penyelesaian efektif
Along dan ceti haram adalah pengkhianat negara, justeru itu, kementerian berkaitan mesti mengeluarkan arahan bahawa setiap peminjam cuma boleh membayar maksimum 2% sebulan daripada jumlah pinjaman - seperti yang termaktub dalam akta pemberi pinjaman yang sedia ada.
petuanya
Suasana ekonomi dunia penyebab utama keperitan kewangan kepada mangsa. Tiada manusia yang suka meminjam, peminjam harus tahu kemampuan membayar, hak masing-masing dan harus melaksanakan kredibiliti pinjaman mereka.
Peminjam yang dicaj lebih 2% tak perlu membayar pinjaman mereka. Peminjam cuma perlu membuat laporan polis dan membantu polis mengecam mereka hingga diadili.

syorkan
Pihak berkaitan mesti menunjukan yang mereka bukan dalang along atau ceti haram dan
pihak polis mesti melakukan tindakan segera - merampas wang-wang yang ada pada ceti haram atau along dan juga membekukan semua akaun yang ada oleh kuncu-kuncunya sehingga pengadilan terlaksana.

Sesiapa yang ada kuasa atau kenalan yang berkuasa sila tunjukkan azimat yang disyorkan di atas untuk dikuatkuasakan segera dan saya pasti 100% berjaya. Menjadikan negara bertamadun, berdedikasi, berkesopanan dan bersuasana tenang, aman dan menggembirakan, sekian, wassalam kepada semua rakyat Malaysia.